
Seorang pemandu nyaris maut apabila tiba-tiba ‘batang logam terbang’ menghentam cermin kaca depan keretanya.
Rakaman kamera papan pemuka menunjukkan seorang lelaki di bahu jalan melempar sebatang logam ke arah kereta berkenaan yang berada di lorong kanan.
Tidak diketahui motif lelaki tersebut namun kejadian yang berlaku di lebuh raya Los Angeles itu menunjukkan dia sudah menunggu di bahu jalan lalu melemparkan besi itu ketika kenderaan menghampiri.
Bagaimanapun hentaman batang logam itu hanya menyebabkan keretakan besar pada cermin dan beberapa serpihan kaca kecil berterbangan pada papan pemuka.
Mujur batang logam tersebut tidak menembusi ke dalam kabin, sekiranya itu terjadi bakal menyebabkan kecederaan pada pemandu dan penumpang.
Pujian perlu diberikan kepada pemandu kereta tersebut kerana tidak panik dan tenang mengawal keadaan.