Proton Saga 1.5 GL ‘Black Knight Edition’ (1989), muncul juara pada acara tahunan Festival of the Unexceptional (2021) di Lincolnshire, Britain.
Pemilik kereta Jon Coupland, 30 yang bekerja sebagai anggota polis tidak menjangka akan merangkul tempat pertama sekali gus mengalahkan 50 peserta lain.
“Saya meminati kereta ketika masih muda dan hanya dapat membeli model Proton pada tahun 2019. Sebelum ini, saya tidak pernah mengunjungi Festival of the Unexceptional.
View this post on Instagram
“Saya sangat teruja apabila berjaya menjadi salah seorang peserta tahun ini dan langsung tidak menjangka bakal menarik perhatian juri sehingga memenangi hadiah keseluruhan acara ini,” katanya.
Menurut Jon Coupland, kereta Proton Saga 1.5 GL ‘Black Knight Edition’ miliknya merupakan model terakhir yang dikeluarkan eksklusif sebanyak 201 unit untuk pasaran United Kingdom (UK).
View this post on Instagram
Pada acara itu, peserta perlu berkongsi keistimewaan kereta mereka kepada juri untuk dinilai dan tahun ini pameran kereta melibatkan kenderaan keluaran tahun 1966-1996.
Oleh kerana pihak penganjur menerima penyertaan yang tinggi, Hagerty UK perlu menapis setiap permohonan untuk memastikan pelbagai jenis kenderaan dapat dipamerkan ketika acara tersebut berlangsung.
Sebelum dia membeli sedan nasional itu, kereta tersebut pernah dimiliki dua pemilik yang berbeza.
Kita patut berasa bangga kerana kereta nasional Proton Saga mampu bersaing dengan kenderaan buatan negara lain. Tahniah di ucapkan kepada Jon Coupland.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar