Tular video lari lepas isi minyak, pemilik BMW jawab saja ‘bergurau’ tak mahu bayar

5298

Di Indonesia, tular sebuah video seorang pemandu BMW putih melarikan diri selepas mengisi minyak penuh (61 liter) di Jalan Bintaro Permai Raya, Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

Tindakan pemandu tersebut menyebabkan kakitangan yang bekerja pada malam itu terpaksa menanggung kerugian Rp602,000 (RM176).



Pekerja stesen minyak Dhiaz menyatakan pada awalnya dia tidak berprasangka buruk namun tidak menyangka pemandu BMW itu malah melarikan diri. 

“Dia ngomong “pake debit bisa bang” terus saya bilang bisa bang jadi saya isi penuh. 

“Setelah itu, saya minta dia menunggu kerana perlu mengambil mesin EDC di tiang pam lain, eh dia boleh hidup enjin dan lari.

“Kerana panik saya teriak langsung saya kejar, sampai jalan raya dia sudah jauh sebab malam jalankan sunyi tiada kenderaan,” jelasnya. 

Dhiaz menambah sempat melihat pemandu BMW itu ketika dia membuka cermin kereta sebelum mengisi minyak dan menduga pemandu itu masih remaja. 

Gambar hiasan

Sementara itu, Ketua Unit Reserse Kriminal Kepolisian Sektor Pesanggrahan, AKP Achmad Fajrul Choir mengatakan pihak keluarga pemandu BMW sudah bertemu dengan pihak stesen minyak.

“Mereka sudah selesaikan secara kekeluargaan, antara pihak keluarga dengan stesen minyak.

Fajrul mengatakan, pemandu BMW tersebut merupakan seorang remaja dan tindakannya itu sekadar ‘suka-suka’ melarikan diri dan tidak membayar.

“(Motifnya) iseng, datang balik ke SPBU keluarganya (kakak pemandu),” tambahnya. 

VIDEO

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here