Proton siar teaser Persona MC2 dan Iriz Active, bakal lancar 5 Ogos ini

1901

Proton memuatnaik satu video teaser menerusi laman Facebook dan Youtube mereka yang menunjukkan dua buah model baharu yang bakal dilancarkan pada 5 Ogos ini.

Dua model berkenaan ialah Persona MC2 dan Iriz ACTIVE facelift yang bakal dilancarkan secara dalam talian pada jam 11 pagi. 

Buat pelanggan yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang model tersebut bolehlah mendaftarkan diri di pautan ini- Proton Register.  



Sebelum ini, rakan media Funtasticko mengeluarkan imej dua model tersebut yang bocor ketika pihak polis Perak menjalankan Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di kilang Proton, Tanjung Malim.

Menurut Funtasticko, Persona MC2 akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian iaitu Standard 1.6L, Executive 1.6L dan Premium 1.6L.

Manakala Iriz MC2 juga akan didatangkan dengan tiga pilihan varian iaitu Standard 1.3L, Executive 1.6L dan Active 1.6L (varian baharu) dengan dua janakuasa berbeza. 

Kedua-dua model didatangkan dengan transmisi CVT sahaja yang dilengkapi dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission). 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here