Gara-gara seorang wanita terjatuh motosikal, bas mini pula yang terbalik

1376

Sebuah video rakaman litar tertutup (CCTV) mencuri perhatian netizen apabila jalan yang awalnya ‘biasa’ menjadi riuh gara-gara seorang wanita terjatuh dari motosikal. 

Kejadian yang berlaku di Kadudampit Sukabumi, Indonesia itu menjadi heboh bukanlah kerana wanita berkenaan namun apa yang berlaku selepas itu.



Video yang dimuat naik di instagram @dashcam_owners_indonesia itu menunjukkan wanita berkenaan tiba-tiba terjatuh di tengah laluan manakala bas mini atau digelar angkot di Indonesia yang datang dari arah bertentangan terpaksa mengelak dengan pantas. 

Oleh kerana ruangan yang terhad menyebabkan bas mini itu melanggar sebatang pokok di tepi jalan lalu terbabas dan terbalik. Boleh dilihat kesemua penumpang yang masih dalam keadaan terkejut keluar dari bahagian cermin belakang bas mini berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dash Cam Owners Indonesia (@dashcam_owners_indonesia)

Jika diperhatikan, wanita itu membrek keras apabila cuba mengelak trak di depannya yang membrek secara mengejut. Kemungkinan dia menggunakan brek depan secara berlebihan yang membuatkan keadaannya tidak stabil dan terjatuh.

Rata rata netizen kagum dengan tindak balas pantas pemandu angkot tersebut walaupun terpaksa mengorbankan kenderaan serta penumpang. Mujur keadaan tidak menjadi lebih parah.

Kejadian seperti ini harus dijadikan pengajaran untuk semua supaya lebih peka ketika di jalan raya bagi menghindari  perkara tidak diingini. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here