7 gaya pelik kenderaan bawa barang yang terakhir paling ‘rare’

3469

Kebiasaanya trak pikap digunakan untuk mengangkut barangan berukuran besar dan lebih berat. Tetapi ada saja gelagat pemilik yang menggunakan kenderaan harian mereka mengangkut barangan lebih dari muatan. 

Secara umum, kereta merupakan pengangkutan yang memudahkan pemilik bergerak dari titik A ke titik B. 



Setiap jenis kenderaan seperti SUV, MPV, trak pikap dan sedan memiliki kelebihan dan kegunaan masing-masing.

Bagaimanapun, pengguna memiliki pelbagai cara untuk memaksimumkan kegunaan kenderaan mereka sehinggakan kadang-kala tindakan itu di luar akal fikiran. 

Seperti seorang wanita yang duduk di atas bumbung sedan sambil memegang barang kerana terlebih muatan. Ada juga yang nekad mengangkut kenderaan rosak menggunakan bas mini, bukannya memilih trak tunda. 

Aksi tersebut memang agak pelik bahkan boleh membahayakan keselamatan pengguna.  Kerana itulah pengeluar menawarkan pelbagai pilihan kenderaan seperti trak pikap untuk memudahkan pengguna mengangkut barangan.

Berikut 7 gaya pelik pengguna mengangkut barangan yang ‘tertangkap’ di jalan raya. Jangan ditiru aksi ini.

  1. Belum sampai ke destinasi pasir sudah habis.

2. Sanggup bawa balik sendiri daripada bayar kos penghantaran.

3. Kalau boleh satu rumah nak dibawa.

4. Kalau brek mengejut agak agak apa akan terjadi?

5. Sampai rumah terpaksa beli TV baru lagi.

6. Sampai sekarang masih fikir lagi tentang gambar ini.

7. Macam mana cara kereta tersebut dimasukkan?

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here