#Tips: Stereng kuasa rasa berat, cuba periksa 3 komponen ini

12829

Hampir semua kereta masa kini menggunakan stereng kuasa (power steering) sama ada hidraulik atau elektrik (EPS).

Secara fungsi tidak banyak perbezaan ketara yang mana masih menggunakan sistem bendalir. Cuma stereng kuasa memudahkan pusingan roda lebih ringan berbanding versi konvensional.



Namun, ini tidak bermakna stereng kuasa tidak akan rosak jika tidak diselenggara dengan baik. Salah satu petunjuk komponen itu mengalami kerosakan apabila pusingan stereng menjadi lebih berat daripada biasa. 

Apabila ini terjadi pemilik perlu peka dan mengambil tahu punca stereng menjadi lebih berat. Jadi perhatikan tiga perkara ini: 

MINYAK STERENG

  • Secara sistem, stereng kuasa hidraulik menggunakan cecair untuk menghadirkan tekanan bendalir bagi piston di dalam peralatan kemudi rak dan pinan. 
  • Jika volum minyak stereng kuasa berkurangan, tekanan juga menurun dan membuat aktiviti menggerakkan atau memusingkan stereng menjadi lebih berat.
  • Kurangnya minyak stereng disebabkan gejala kebocoran yang biasanya berlaku pada hos atau penutup rak dan pinan. 
  • Ia juga boleh berlaku disebabkan titik panas yang terlalu tinggi hingga menyebabkan terjadinya penguapan yang menyebabkan kurangnya jumlah minyak stereng. 
  • Jadi pastikan anda selalu memeriksa cecair minyak stereng di paras maksimum agar sistem beroperasi dengan baik.

RAK STERENG ROSAK

  • Rak kemudi adalah sebahagian daripada komponen rak dan pinan yang berfungsi untuk menggerakkan roda secara mendatar. Komponen ini boleh haus seiring dengan usia penggunaan tambahan jika selalu melalui jalan berlubang mahupun tidak rata. 
  • Salah satu petunjuk berlakunya kerosakan pada bahagian rak kemudi adalah stereng menjadi berat.  Jadi anda perlu segera menggantikan komponen itu.

ANGIN TAYAR RENDAH

  • Perkara lain menyebabkan stereng berat ialah tekanan angin tayar yang rendah. Secara logiknya jika angin tayar berkurangan tugas stereng berkuasa juga menjadi lebih berat.
  • Isu ini mudah diselesaikan dengan hanya mengisi angin tayar mengikut saranan pengeluar. 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here