Unit terakhir Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition di Kanada dijual, harga RM498k

2085

Jualan Mitsubishi Lancer Evolution dihentikan pada 2016 merupakan berita sedih buat peminat model tersebut. Bagi memperingati model itu, Mitsubishi mengeluarkan versi Final Edition dalam jumlah terhad.

Baru-baru ini, pengedar Mitsubishi di Ontario, Kanada ingin menjual model terakhir Lancer Evolution Final Edition pada harga $147,899 (RM498,000). 



Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition (2015) disenaraikan untuk jualan di Mitsubishi Baywest dengan rekod perbatuan hanya 99km. Sedan itu merupakan salah satu daripada 350 unit Final Edition yang dijual di Kanada.

Mitsubishi hanya mengeluarkan 3,100 unit Final Edition di seluruh dunia. Lebih menarik, model untuk jualan itu merupkan kereta terakhir di Kanada dengan nombor plat 350. 

Seperti anda boleh lihat, kereta berkenaan masih dalam keadaan baharu kerana disimpan dalam bilik berhawa panas ketika musim sejuk. Luaran berwarna putih dipadankan dengan kemasan bumbung hitam serta lencana Final Edition pada hud belakang dan set rim BBS.

Kemudian Lancer Evo itu dipadankan dengan spoiler khas, intake lebih besar dan brek Brembo bersama kaliper merah. Sementara bahagian kabin kekal standard dengan kerusi kemasan benang merah dan plak tertulis nombor siri kenderaan.

Final Edition dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo empat silinder sebaris dengan kuasa 303hp dan tork 414Nm bersama kotak gear manual lima kelajuan.  

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here