Sayonara NSX, Honda bakal lancar model akhir Type S 12 Ogos ini

1633

Honda NSX Type S bakal menjadi model terakhir dipasarkan selepas pengeluar berkenaan membuat keputusan menghentikan pengeluaran model NSX pada Disember 2022. 

Generasi kedua Honda NSX itu tampil dengan ciri aerodinamik yang dipertingkatkan bagi menambahbaik prestasi kelajuan jentera.



Honda NSX Type S akan dipasarkan dalam jumlah terhad iaitu 350 unit di seluruh dunia yang mana 300 unit untuk pasaran Amerika Syarikat, 30 unit untuk Jepun manakala selebihnya dipasarkan ke negara lain. 

Bakal ditawarkan dengan warna kusam yang terhad, spesifikasi janakuasa masih belum diumumkan yang mana hanya diketahui pada hari debut model 12 Ogos ini di Monterey Car Week.

Bagaimanapun, pengeluar kereta Jepun menjangkakan jentera itu bakal menerima enjin 3.5 liter twin turbo hibrid V6 dan sistem Super Handling All-Wheel Drive (SH-AWD) yang dinaiktaraf. 

Kemungkinan selepas ditala enjin standard 3.5 liter V6 itu mampu mencapai kuasa sehingga 600hp berbanding sebelumnya hanya 581hp.

Menerusi video teaser yang dikeluarkan boleh dilihat kereta sport itu menggunakan rim lima jejari baharu dengan diffuser belakang lebih agresif yang kemudian disempurnakan dengan kemasan gentian karbon dan lencana Type S.  

Tidak ketinggalan model itu juga ditawarkan dengan plat nombor siri khas keluaran jentera. 

Untuk makluman, generasi pertama NSX dilancarkan pada 1990 kemudian pengeluarannya ditamatkan pada 2005 selepas berjaya terjual 18,507 unit. 

Selepas vakum hampir 10 tahun, Honda tampil dengan generasi kedua pada 2016 bagaimanapun rekod jualan tidak begitu positif. 

Honda menjual 2,558 unit NSX di seluruh dunia. Jualannya terus menurun kepada 183 unit pada tahun 2020, berbanding 1,004 unit (2017) dan 418 unit (2019). Honda juga dilapor sedang merancang untuk memperkenalkan kereta sport elektrik pada masa depan. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here