Baru-baru ini heboh di media sosial Indonesia tentang seorang lelaki menghadiri majlis perkahwinan mantan kekasihnya menggunakan helikopter.
Video singkat itu dimuatnaik oleh seorang netizen pada akaun Instagram @makassar_iinfo dengan kapsyen “Mantan datang ke kondangan naik heli” (Mantan datang ke majlis kahwin naik heli).
Menerusi video yang tular itu menunjukkan sebilangan tetamu sedang berdiri sambil memandang ke langit sebaik mendengar bunyi helikopter yang kuat.
Helikopter tersebut kemudian mendarat di satu kawasan lapang berhampiran rumah pengantin dan mengakibatkan kain perhiasan majlis terbang ditiup kipas helikopter itu.
Tular gara-gara dikatakan menghadiri majlis perkahwinan mantan dengan cara berbeza sebenarnya semua netizen terpedaya. Kejadian di wilayah Trenggalek, Jawa Timur itu bukanlah pendaratan untuk menghadiri majlis perkahwinan.
Ketua Dinas Penerangan TNI Angkatan Udara Marsma TNI, Indan Gilang Buldansyah berkata helikopter Angkatan Udara (AU) itu melakukan latihan pendaratan di lapangan.
“Kehadiran helikopter jenis Super Puma yang mendarat di Dusun Karangrejo, Desa Gandusari, Kabupaten Trenggalek tersebut sedang melaksanakan misi simulasi Fighter Weapon Instructor Course (FWIC)” katanya.
Indan menjelaskan helikopter tersebut melakukan kursus FWIC yang melibatkan latihan menjemput anggota tentera dengan teknik mendarat di kawasan lapang.
“Latihan ini sudah dirancang awal jadi tidak benar helikopter yang mendarat di lapangan tersebut menghadiri acara resepsi pernikahan,” tambahnya.
Indan menjelaskan seharusnya masyarakat lebih bijak dalam bermedia sosial, terutama ketika memuatnaik sesuatu konten.
Nampaknya ramai yang tertipu dengan informasi yang dikongsi sehinggakan netizen menyamakan insiden itu dengan adegan drama Korea The Penthouse versi kampung.
View this post on Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar