Selepas 7 tahun, Mario kart dari Nintendo kekal menjadi permainan video dengan jualan tertinggi.
Walaupun tidak mempunyai grafik mewah seperti permainan lain iaitu Forza dan Gran Turismo namun Mario Kart mampu menarik peminatnya dan mesra kanak-kanak.
Konsep permainan ini sangat mudah yang menawarkan pelbagai karakter termasuk Mario, Donkey Kong, Luigi dan Bowser yang bersaing dalam perlumbaan kejohanan go-kart.
Mario kart merupakan salah satu permainan perlumbaan yang boleh dimuat turun secara percuma di telefon pintar. Nintendo juga menyediakan versi langganan iaitu Gold Pass yang berharga USD4.99 (RM21) sebulan.
Menurut laporan Kotaku, sejak pertama kali dilancarkan pada 2014 kini Mario Kart 8 mendominasi statistik penjualan dari Nintendo.
Satu perkara yang menarik untuk diperhatikan ialah Mario Kart 8 Deluxe terjual lebih dari 1.7 juta salinan, tetapi permainan Animal Crossing masih mendahului dengan jualan lebih daripada 2 juta unit dan menjadi permainan Switch terlaris di pasaran.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar