Laku keras, 300 unit Nissan GT-R Nismo (2022) habis dijual dalam tempoh 3 bulan

2733

Generasi Nissan GT-R R35 memiliki reputasi jualan yang bagus selama lebih sedekad jadi pengeluar kenderaan itu tidak menghadapi masalah untuk menjual GT-R Nismo (2022).

Didedahkan April lalu, GT-R Nismo ditawarkan dengan dua pilihan varian Standard dan Special Edition yang mana pengeluaran hanya terhad kepada 300 unit. Bahkan Nissan sudah menutup tempahan model itu selepas tiga bulan. 



Syarikat Jepun itu mengesahkan 99 peratus pelanggan memilih GT-R Nismo Special Edition berbanding varian Standard. Manakala, separuh daripada pelanggan memilih warna baharu kelabu (Nismo Stealthy Gray).

Varian Special Edition dilengkapi piston ring khas, sambungan rod, aci engkol, flywheel, engkol pulley dan spring injap dialled in bersama tambahan hud gentian karbon, rim  aluminium 20-inci Rays dan kemasan aksen merah.

GT-R Nismo menggunakan enjin 3.8 liter turbo berkembar yang  menghasilkan kuasa sehingga 592hp dan tork 652Nm. 

Menurut Ketua Pakar Produk GT-R, Hiroshi Tamura penampilan GT-R turut mengalami perubahan untuk memberi keseimbang kuasa, prestasi dan keterujaan kepada pelanggan.

GALERI
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here