Kapal Solar Firaun Khufu berusia 4,600 tahun dipindahkan ke Muzium Terbesar Mesir

3917

Mesir memindahkan Kapal Solar milik Firaun Khufu yang masih utuh sejak 4,600 tahun lalu dari Piramid Giza ke Muzium Terbesar Mesir (GEM) berhampiran. 

Kapal Solar itu dikebumikan bersebelahan perkuburan diraja dipercayai akan menjadi pengangkutan si mati pada kehidupan selepas kematian. 



Pemindahan itu dilakukan bagi melindungi dan memulihara artifak organik terbesar dan tertua buatan kayu dalam sejarah manusia untuk generasi akan datang.

Proses pemindahan itu mengambil masa 48 jam bagi mengangkut bot kayu cedar sepanjang 42 meter dan seberat 20 tan itu. 

Kapal itu diletakkan di dalam kontena lalu dibawa menggunakan kenderaan kawalan jauh yang diimport khas untuk operasi pemindahan tersebut.  

Kapal Solar terbabit ditemui pada 1953 di sebelah selatan Piramid Great dan dipamerkan selama beberapa dekad di muzium Giza Plateau.

Khufu merupakan seorang raja Dinasti Keempat memerintah dari tahun 2,589-2,566 sebelum masihi pada zaman Kerajaan Kuno. 

Teori bahawa kapal itu digambarkan sebagai bot solar kerana dipercayai membolehkan firaun berlayar merentasi langit selepas kematian. 

Mesir mengatakan GEM  yang dibina selama 17 tahun itu mengandungi lebih 100,000 artifak ketika dibuka.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here