Tapak pelupusan tayar terbesar dunia terbakar hingga boleh dilihat menerusi satelit

2716

sebuah tapak pelupusan tayar terbesar di dunia terbakar lalu mengeluarkan kepulan asap hitam tebal sehingga dapat dilihat menerusi rakaman satelit.

Menurut laporan The Sun, tapak pembuangan tayar gergasi seluas 2.4 hektar itu dikendalikan empat syarikat dan dipercayai menjana pendapatan lumayan hasil daripada bayaran pelupusan.



Namun lubang gergasi yang menyimpan kira-kira tujuh juta tayar di kawasan padang pasir wilayah Sulaibiya, Kuwait itu terlibat dalam kebakaran.

Bagaimanapun banyak pihak mempersoalkan tindakan menyimpan bahan mudah terbakar, diitambah dengan suhu panas ekstrem sekitar 50 darjah Celsius di Kuwait. 

Susulan kritikan itu, kerajaan Kuwait  bertindak dengan membuang lambakan tayar hampir 30 tan itu dengan anggaran 52 juta tayar di pelbagai lokasi di negara itu.

Selain itu, kerajaan kuwait  juga bercadang membuang 95 peratus tayar lama di negara itu untuk dikitar semula sekali gus mengosongkan tapak-tapak pembuangan tayar bagi membangunkan  kawasan perumahan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here