
Perkhidmatan motosikal e-hailing lebih banyak digunakan di Indonesia kerana praktikal, murah dan pantas.
Satu kisah rider atau dikenali sebagai tukang ojol di Indonesia ini menarik perhatian warga maya. Semuanya bermula apabila penumpangnya tertinggal barang dan ketika membuka bungkusan tersebut membuatkan rider itu melopong.
Kisah itu diceritakan pengguna akaun Twitter @tama28nda dan kemudian ciapan itu di retweet semula @lambe_ojol.
Penunggang Go-Ride itu menjelaskan bungkusan plastik hitam tertinggal di ruangan simpanan bawah pelana.
“Astagfirullah barang atau plastik penumpang gue ketinggalan di dalem pelana motor gue.
“Jadi dapat go-ride tadi penumpang nitip barangnya di jok (pelana) motor katanya berharga takut kenapa-kenapa di jalan,” katanya.

Setelah memeriksa plastik berkenaan rider tersebut terkejut kerana berisi wang puluhan juta rupiah. Dia bingung bagaimana ingin memulangkan semula barang tersebut.
Bahkan mengakui badannya menggeletar kerana terlalu bimbang dan tidak dapat menemui keberadaan penumpang tersebut.
“Sampai bergetar ini badan dari ujung kepala sampai kaki megang plastik ini,” jelasnya.
Bagaimanapun, dia berjaya memulangkan wang tersebut dan menerima ganjaran Rp500,000 (RM146) sebagai tanda terima kasih.
Namun, ojol berkenaan hanya mengambil Rp50,000 (RM15) dan memulangkan selebihnya. Kalau rezeki tidak ke mana bahkan selepas memulangkan wang tersebut dia menerima bakul makanan dari pihak Gojek Indonesia.
From @gojekindonesia with LOVE #panjangumurkebaikan ❤️❤️ pic.twitter.com/Oz26AIYWCx
— 🀄Tamaagochi ™️ (@tama28nda) August 9, 2021
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar