Rakyat Indonesia tentunya sudah sedia maklum dengan kedudukan geografi Gunung Bromo.
Dijuluki sebagai ‘lautan pasir’, Bromo berketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut itu sering menjadi lokasi tumpuan penunggang motor dari luar kota berkenaan.
Bagaimanapun ramai juga penunggang menderita susulan jentera yang tiba-tiba ‘mogok’ mahupun semput.
Jadi tidak hairan di lokasi berkenaan tersedia perkhidmatan motosikal ‘sapu’ atau dikenali sebagai ojek motor di Indonesia.
Selalunya ojek membawa penumpang bagaimana pula jika mendapat pesanan mengangkut sebuah motosikal lebih besar seperti sebuah video yang dimuatnaik pengguna Facebook bernama Herie Gurel di grup Komunitas Touring Indonesia ini.
Mungkin kita terfikir kenapa pemilik tidak menunggang saja motosikal tersebut. Setelah meneliti bahagian komentar, rata-rata netizen menyatakan jentera berkenaan ‘mogok’ kebarangkalian berlaku kerosakan pada bahagian CVT ataupun pad brek ‘hangit’.
“Saran aja om.. kalau ke bromo (berangkat) jangan sekali-kali lewat Malang (sawojajar) naik lewat pasuruan aja, baru kalau mau coba lewat malang pas turunnya aja. Kecuali kalau motornya memadai,” kata salah seorang netizen.
Uniknya motor yang digunakan untuk mengangkut skuter maksi 250cc itu hanyalah motor tua Honda GL. Yamaha XMax itu diikat di bahagian belakang motor dan ketika mula bergerak tukang ojek tidak mengalami masalah.
Walaupun sudah tua dan sesaran lebih kecil daripada XMax, motor berkenaan masih berupaya menaiki laluan berbukit dan sesekali rakannya cuba menolak dari belakang untuk mendapatkan momentum.
Honda GL series di Indonesia didatangkan dengan dua pilihan GL 100 dan GL125. Sayangnya GL 125 dihentikan penjualannya pada 1985 sedangkan GL 100 masih dijual hingga 1994.
Otai masih berbisa……
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar