Saksi: “Saya lihat Myvi tu berpusing banyak kali sebelum hentam pokok”

1504

Sebuah Perodua Myvi berwarna putih berpusing beberapa kali sebelum terbabas dan merempuh pokok dibahu jalan di Lebuh AMJ di Taman Paya Rumput Indah, Melaka.

Kejadian tersebut berlaku selepas hujan dan keadaan permukaan jalan yang licin menyebabkan pemandu Perodua Myvi itu hilang kawalan. 



“Bukan sekali tetapi beberapa kali kereta itu berpusing sebelum terbabas dan merempuh pokok dibahu jalan. Bunyi dentuman memang kuat, mengakibatkan saya dan suami agak cemas,” kata saksi kejadian.

Namun ekoran kejadian itu dia yang mahu dikenali Mah Salleh, 60-an, terus menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan, manakala suaminya bergegas memanggil jiran.

Sewaktu kejadian dia hanya melihat dari jarak 100 meter dan melihat pemandu Perodua Myvi tersebut tidak bergerak pada awalnya.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu dia mula bergerak apabila orang ramai menghampiri dan ketika pasukan bomba mengeluarkannya dari kereta,” katanya lagi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Penguasa Kanan Bomba (PBK) II Roslan Manas, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.12 pagi sebelum tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Pihaknya mendapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 21 tahun mengalami kecederaan pada bahagian dada dan kepala.

“Disebabkan keadaan pintu sebelah pemandu remuk, kami terpaksa menggunakan pemotong hidraulik bagi merenggangkannya sebelum dapat mengeluarkan mangsa.

“Operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum dia diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke Hospital Melaka bagi rawatan lanjut,” katanya.

Kepada pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berhati-hati susulan keadaan cuaca sekarang yang kerap hujan, terutama pada sebelah petang dan malam.

Banyak faktor menyumbang pertambahan jumlah kemalangan ketika hujan, antara lain permukaan jalan raya yang basah mengurangkan daya cengkaman tayar kenderaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here