[VIDEO] Letak kon di selekoh jejambat dua anggota polis nyaris dilanggar

27686

Seorang pengguna Facebook baru-baru ini berkongsi satu video rakaman kamera papan pemuka yang menunjukkan seorang pengguna jalan raya nyaris merempuh dua anggota polis.

Menerusi video berdurasi 22 saat itu boleh dilihat pemandu berkenaan mendadak memperlahankan kenderaannya sebaik melihat anggota polis yang sedang meletakkan kon selepas satu bahagian selekoh jejambat. 



Tentunya dia juga tidak menjangka polis akan meletakkan kon di selekoh berkenaan dan berada di lokasi titik buta. 

Bagaimanapun tentunya tindakan berkenaan bersebab, difahamkan anggota polis tersebut meletakkan kon di lorong kanan itu kerana ada tumpahan minyak sebelum proses pembersihan dilakukan.

Pemandu kenderaan juga dinasihatkan perlu berhati-hati serta memperlahankan kenderaan jika melalui selekoh berbahaya. Ia bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here