Setiap pemandu di Malaysia diwajibkan untuk membeli insurans kenderaan sekurang-kurangnya perlindungan pihak ketiga (3rd party) mengikut akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pentingnya insurans kereta ini dapat meringankan beban kewangan apabila berlaku kemalangan atau kecurian kenderaan.
Seperti mana perkongsian pemilik kereta Perodua Bezza di laman Twitter ini yang menggunakan nama akaun AkeemSharyzal. Dia berkongsi pengalaman keretanya yang rosak teruk (total lost) akibat kemalangan dan perkara yang perlu diketahui apabila ingin mengambil insurans.
Sebenarnya aku baru tau pasal agreed value tu, so lepasni kalau aku hidupkan roadtax aku kena cakap benda tu sekali la kan? Info baru kepada yang tak pernah ambil tau pasal benda macam ni. pic.twitter.com/T0Bjh7X1rm
— keem (@AkeemSharyzal) August 15, 2021
Status total loss tidak hanya diguna pakai untuk kerosakkan yang tidak boleh dibaik pulih. Ia juga boleh digunakan apabila nilai baik pulih lebih tinggi daripada nilai yang diinsuranskan.
Sebagai contoh, katakan anda mengambil kadar insurans terendah RM10,000. Apabila terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain:
(jumlah tuntutan kereta yang dilanggar + kos baik pulih kereta sendiri= melebihi nilai insurans RM10,000). Ini juga boleh dikira sebagai total lost.
Status total loss akan direkodkan dalam fail Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai kereta lupus. Walaupun masih boleh diperbaiki, anda tidak dapat memperbaharui insurans dan cukai jalan.
Pilih “Agree Value” berbanding “Market Value”
Jadi sebelum anda setuju dengan nilai bayaran dan jumlah yang diinsuranskan, pastikan anda bertanya dahulu insurans yang anda beli mengikut Nilai Persetujuan (Agree Value) atau Nilai Pasaran (Market Value).
Di bawah ini maklumat ringkas tentang nilai persetujuan dan pasaran:
Bilakah Market Value sesuai untuk anda?
Selalunya, jika anda mempunyai kenderaan yang bukan lagi dianggap baharu dan tidak melakukan modifikasi.
Contohnya anda membeli takaful mengikut Market Value. Sekiranya berlaku kecurian, pampasan yang diterima mungkin masih boleh mendapatkan kereta yang lebih kurang sama dengan kereta yang hilang tadi.
Bagaimanapun perlu diingatkan membeli perlindungan takaful mengikut Market Value ada kemungkinan terkurang atau terlebih insurans. Jika terkurang, anda hanya akan diberi pampasan sebahagian daripada jumlah yang sepatutnya.
Manakala jika terlebih insurans anda akan dibayar mengikut nilai pasaran ketika kecurian atau kemalangan berlaku, walaupun premium yang anda bayar adalah mengikut nilai diinsuranskan yang lebih tinggi.
Bilakah Agreed Value sesuai untuk anda?
Jika anda membeli kereta baharu dan membelanjakan wang ringgit yang banyak untuk pengubahsuaian, dicadangkan untuk membeli polisi takaful mengikut Agreed Value.
Polisi ini dapat memasukkan nilai tambahan yang tidak dipertimbangkan oleh Market Value. Jika berlaku kecurian atau total loss, anda akan dapat pampasan yang setimpal dengan nilai kereta yang dicuri atau total loss.
Jadi nilai pampasan yang diterima membolehkan anda membeli kereta baharu yang sama dan wang lebihan boleh digunakan untuk modifikasi misalnya.
Keputusan sama ada ingin memilih polisi nilai persetujuan mahupun pasaran adalah keputusan peribadi pengguna. Jika masih terdapat kekeliruan, dapatkan keterangan daripada ejen atau wakil takaful.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar