JPJ Kelantan buka kaunter pandu lalu pertama percepatkan urusan pelanggan di Panji

2417

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuka kaunter pandu lalu di Panji dan merupakan kaunter pandu lalu pertama di negeri kelantan. 

Pembukaan kaunter tersebut bagi memudahkan pelanggan memperbaharui lesen memandu atau urusan lain. Waktu urusan dibuka setiap hari bermula 9 pagi-5 petang sehingga 30 September depan.



JPJ Kelantan menyasarkan kutipan sebanyak RM300,000 melibatkan pembayaran lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) menerusi kaunter tersebut.

 

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata pihaknya menerima sambutan menggalakkan pada hari pertama apabila berjaya mengutip bayaran pembaharuan lesen sebanyak RM10,000.

“Selain bayaran tunai, kaunter pandu lalu JPJ turut menerima bayaran secara kad debit dan perkhidmatan tersebut amat memuaskan menyamai prestasi kaunter biasa di pejabat JPJ,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here