Peninju UFC, Jordan Williams berkongsi video rakaman tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang lelaki cuba membawa lari kereta Honda Civic (2020) miliknya.
Kejadian tersebut berlaku ketika dia meletakkan keretanya di kawasan stesen minyak Denver, Amerika Syarikat.
“Aku tak matikan enjin kereta dan masuk dalam kedai nak beli barang, ingatkan tanpa kunci kereta tu tak boleh pandu rupanya aku salah,” katanya.
Ketika dia ingin membayar, Jordan Williams masih tidak mengetahui niat lelaki tersebut sehinggalah dia menyedari suspek sudah masuk ke dalam keretanya.
Jordan Williams, 30 meluru lari ke keretanya dan segera membuka pintu lalu menarik suspek keluar dari kenderaan.
Dia bernasib baik kerana pencuri tersebut tidak tahu cara menurunkan brek parkir. Mungkin suspek tidak pernah menggunakan kereta yang dilengkapi dengan brek parkir elektrik.
View this post on Instagram
Selepas kejadian itu, dia mendapat satu pengajaran yang paling bermakna iaitu jangan meninggalkan kereta dengan enjin masih hidup walaupun sebentar.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar