Cinta wanita ini terhadap motor berkuasa tinggi sudah lama sejak bujang lagi. Walaupun berniqab tidak menjadi penghalang buatnya menunggang Kawasaki Z800.
Nuralizatul Syahira Ali, 24 berkongsi beberapa video dia menunggang naked bike tersebut di akaun TikTok bahkan penampilannya yang berbeza itu menarik perhatian warga maya sehingga mencapai hampir sejuta tontonan.
Ibu kepada dua anak itu hanya memiliki ketinggian 152cm dan menjelaskan dia mula berniqab pada 2017.
“Saya minat motor sejak bujang lagi. Tapi lepas kahwin, saya dah tak ada masa nak fikir tentang hobi itu.
“Pada November tahun lepas, saya beli motosikal sebagai hadiah ulang tahun kepada suami. Pada awalnya dia fikir saya nak belikan Y15, tapi saya maklumkan bahawa saya nak beli superbike.
“Bila dah beli, suami suruh cuba tapi saya tak berani, saya takut jatuh. Lepas seminggu, saya cuba dan tak sangka boleh tunggang motor tu. Niat nak beli untuk dia, tapi kita pula lebih-lebih,” katanya.
Selain itu, dia juga ingin menyampaikan mesej kepada kaum hawa di luar sana agar berani mengejar impian dalam apa jua cara sekali pun.
Rata rata netizen meninggalkan komen positif dan bertanya tentang motosikalnya, namun dia juga tidak terlepas daripada kecaman.
Bagaimanapun dia mengambil pendekatan positif dan menerima setiap komen sebagai peringatan kepada dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Siapa kata wanita tidak boleh menunggang motosikal berkuasa tinggi?. Semuanya bermula dengan langkah pertama dan latihan menjadikan anda sempurna. Apa yang penting utamakan keselamatan dan tahu had tunggangan serta jangan lupa menyarung gear tunggangan lengkap!.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar