Kedegilan lapan individu berkumpul di kawasan tempat jangkitan tanpa SOP serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal memakan diri apabila dikenakan saman dan dikompaun.
Kesemua mereka berusia 20 hingga 26 tahun itu juga didapati tinggal berlainan alamat rumah ketika ditahan oleh sepasukan polis di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.
Selain itu, pihak polis turut mengeluarkan 35 saman dan menyita dua buah motosikal atas pelbagai kesalahan trafik seperti modifikasi kenderaan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
“Kita mengingatkan kepada orang ramai bahawa penguatkuasaan dan pemerkasaan prosedur operasi standard (SOP) oleh polis Kota Tinggi akan dibuat secara berterusan dan menyeluruh meliputi seluruh daerah Kota Tinggi.
“Mana-mana individu yang ingkar, boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya,” kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora.
Orang ramai juga diingatkan agar mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 1 ini.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar