Toyota Alphard begitu identikal dengan imej MPV mewah yang digunakan usahawan, selebriti mahupun ahli politik.
Ruang kabin yang luas dengan kerusi kapten serta pelbagai ciri peralatan membuatkan kereta ini menjadi pilihan golongan atasan.
Harga Toyota Alphard recon sekitar RM170,000 hingga RM250,000 (mengikut model dan tahun keluaran) manakala harga baharu yang dijual UMW Toyota Motor sekitar RM446,000 (3.5L). Pada harga sedemikian tentunya anda menjaga kereta tersebut semaksimum.
Namun tidak terlintas dek akal untuk menggunakan MPV mewah itu bagi mengangkut barangan yang tidak sepatutnya seperti hantaran yang dikongsi oleh akaun Instagram @corner_oto.
Pemilik Toyota Alphard hitam itu membawa muatan barangan bangunan yang tugas itu seharusnya menggunakan lori.
Pada imej itu boleh dilihat bahagian lantai kabin tengah penuh dengan susunan batu bata yang kemudian dikeluarkan oleh kuli bangunan satu persatu menggunakan kereta sorong. Insiden itu mengundang pelbagai reaksi dari warga maya antaranya:
“Ini baru sultan.”
“Gunakan mobilmu semaksimal mungkin.”
View this post on Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar