
Seorang atok digantung lesen selama enam bulan dan didenda $1814 (RM5,490) selepas memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
Dia yang berusia 80 tahun itu memandu 182kmj di kawasan had laju 80kmj. Menurut Polis Australia Selatan, warga emas yang memandu Subaru Impreza WRX berkenaan di tahan di jalan desa berhampiran Alma kira-kira satu jam dari utara bandar Adelaide.
“Berdasarkan kadar tinggi kemalangan maut di kawasan Barossa dan Mid North, gaya pemanduan sedemikian membimbangkan.
“Pihak pemantauan lebuh raya akan terus berada di jalan utama dengan kamera had laju dan memberi perhatian khusus kepada pemandu mabuk dan yang mengambil dadah,” katanya.
Australia Selatan mencatatkan 64 kematian di jalan raya sehingga kini iaitu peningkatan 12 peratus berbanding waktu yang sama tahun lalu.