Gara gara melakukan aksi wheelie di jalan raya mengundang padah apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki ‘terbang’ ke jalan bertentangan.
Aksi berkenaan berjaya dirakam seorang pemandu pacuan empat roda yang menunjukkan lelaki tersebut memperlahankan motornya bagi mengekalkan jarak selamat antara kenderaan depan.
Kemudian sebaik roda depan terangkat dia hilang kawalan lalu terbabas dan sportbikenya melayang ke udara lalu merempuh bahagian sisi kereta yang lalu di jalan bertentangan.
Perlanggaran itu menyebabkan sportbike tersebut bergolek ke arahnya dan hampir melanggar lelaki itu. Video berdurasi 15 saat itu berlaku sangat pantas dan difahamkan penunggang mahupun mangsa kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dinasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas dan tidak melakukan aksi bahaya ketika menunggang kerana perbuatan itu boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan yang lain.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar