Ramai anak muda bercita-cita menjadi jutawan mahupun ahli perniagaan berjaya namun tidak pernah terfikir tentang kerja keras dan pengorbanan yang perlu dilalui sebelum mencapai kejayaan.
Ini kisah tentang Brian Scudamore yang bermula sebagai pengutip sampah dan kini bergelar jutawan.
Scudamore boleh dianggap taikun dalam bidang perniagaan pengurusan sampah dengan lebih 220 francais yang dianggarkan bernilai AS100 juta (RM423 juta).
Menggunakan slogan “Sampah Anda, Kami Uruskan”, Scudamore menubuhkan syarikat kutipan sampah yang diberi nama ‘1800-Got Junk’ pada 1989.
TENTANGAN KELUARGA
Ketika awal penubuhan syarikat, Scudamore menjalankan operasi kutipan sampah hanya menggunakan sebuah trak berharga USD700 (RM2,966).
Walaupun mendapat tentangan daripada bapanya yang merupakan seorang doktor, namun Scudamore berkeras ingin meneruskan usaha tersebut.
Bahkan dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar walaupun hanya berbaki sebulan saja lagi pengajiannya di peringkat Ijazah.
Ini kerana dia ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan yang baru dimulakan dan siapa sangka kecekalannya berjaya meluaskan sayap operasi syarikat ke Amerika dan Australia.
Scudamore mengunakan sepenuhnya kuasa pemasaran dalam talian di samping menambah bilangan trak, pekerja dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik serta efisien.
Prinsip Scudamore sangat mudah: “jika hendak berjaya kita perlu tahan telinga dan hiraukan pandangan orang bila berada dalam perniagaan seperti ini.”
Bagaimanapun katanya jangan sesekali memandang rendah pada pengutip sampah kerana tanpa mereka, kita mungkin akan hidup dalam timbunan sampah.
Nyata usaha dan kerja keras selama ini tidak sia-sia dan Scudamore berjaya membina jaringan pengurusan sampah terbesar serta menawarkan peluang pekerjaan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar