Sebelum ini tular Honda City mengelak membayar tol kali ini Proton Waja pula cuba melakukan perkara yang sama.
Video yang dimuatnaik oleh akaun TikTok @jannahalias_sofea itu menunjukkan Proton Waja berkenaan melakukan taktik sama dengan mengekori rapat kereta di depan.
Tindakan tersebut disedari oleh pemandu wanita berkenaan dan dia memperlahankan keretanya sebaik melepasi palang. Keadaan itu menyebabkan Waja tersebut tidak berjaya melalui palang berkenaan dan terpaksa menghentikan kereta.
Kedua-dua wanita itu ketawa gembira apabila berjaya menggagalkan taktik pemandu Waja tersebut. Bahkan kita boleh mendengar perbualan antara mereka berdua.
“Memang tak nak bayar sha. Dia memang tak nak bayar, mantap padan muka”.
“Padan muka kau”.
Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang turut berpuas hati tindakan pemandu kereta terbabit.
Sementara itu, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) mengingatkan agar pengguna lebih bertanggungjawab untuk membayar tol dan tindakan itu turut membahayakan pengguna lain.
VIDEO
@jannahalias_sofea semalam aku terkena hahahahaha! tp yang ni lain .. jenama Proton.. bukan H .. pokemon betul! (abaikan suara kteorg🤣)
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar