JPJ Melaka lelong 46 buah kenderaan serendah RM965

14274

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka bakal melakukan acara lelongan melibatkan 46 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk kenderaan mewah pada harga bermula RM10,000 bulan depan.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata lelongan nilai terendah adalah RM965 dengan beberapa kereta mewah iaitu Mini Cooper dan Subaru Impreza.



“Beberapa kenderaan mewah tersebut merupakan kereta klon yang dirampas dalam operasi sebelum ini dan dilucutkan hak sebelum lelongan pada 6 September depan.

“Kami menyasarkan nilai lelongan kesemua kenderaan akan mencecah RM1.5 juta dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat,” jelasnya.

Oleh kerana keadaan pandemik, pihak JPJ Melaka hanya membenarkan 20 orang hadir untuk lawatan tapak setiap hari dan permohonan boleh dibuat menerusi borang Google.

Sebut harga akan dibuka bermula 6 hingga 20 September dan dokumen boleh dimuat turun secara percuma di laman sesawang atau Facebook JPJ Melaka dan dihantar semula menerusi pos atau serahan di kaunter.

Pihak JPJ Melaka menjangkakan orang awam akan mula membida kenderaan terbabit dengan nilai antara RM2,500 hingga RM10,000.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here