Tiada istilah putus asa bagi wanita ini yang terus mencuba walaupun setelah menghadiri 1000 kali kelas dia masih lagi gagal mendapatkan lesen memandu.
Isabelle Stedman, 47 menghabiskan lebih AS10,000 (RM58,000) untuk mengambil ujian memandu bahkan sepanjang itu seramai tujuh orang tenaga pengajar bersilih ganti.
Mengapa begitu sukar Isabelle mendapatkan lesen kerana dia juga melalui proses sama seperti calon lain. Ini kerana Isabelle tidak dapat mengawal rasa gemuruh dan takut ketika bahagian praktikal jalan raya walaupun mula belajar memandu pada usia 17 tahun.
Rasa takut itu menyebabkan dia berpeluh dan gementar walaupun dia tidak pernah mengalami kemalangan mahupun pengalaman buruk di jalan raya sebelum ini.
Keadaan itu menyebabkan Isabelle menangis dan terpaksa berhenti memandu malah lebih buruk lagi dia pernah tidak sedarkan diri.
Dia juga pernah mencuba kursus pemanduan dan hipnotis sebagai persediaan sebelum ujian namun masih gagal.
Pujian perlu diberikan kepada wanita ini walaupun gagal beribu kali dan sudah 30 tahu mencuba mendapatkan lesen dia tidak berputus asa dan patah semangat.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar