China bina lebuh raya super pertama dunia, boleh cas kereta elektrik sambil pandu

1761

China sedang membina lebuh raya super pertama dunia sepanjang 161km bermula dari Hangzhou ke Ningbo.

Mengapakah lebuh raya berkenaan digelar sebagai ‘super’.

  • Direka untuk kelajuan hingga 120kmj iaitu 30kmj lebih laju berbanding had laju dibenarkan di lebuh raya lain di China
  • Tidak perlu berhenti di tol yang mana pembayaran dilakukan menerusi cip yang dipasang pada kenderaan
  • Pemasangan sistem sensor pada jalan yang memberikan maklumat pada kenderaan tanpa pemandu bagi mencegah kemalangan 
  • Gabungan teknologi photovolatic yang menjana tenaga solar. Kuasa disalurkan ke kenderaan elektrik tanpa wayar apabila pemandu melalui laluan lebuh raya tersebut



Pembangunan lebuh raya yang bermula 2018 itu dijadualkan bakal siap tahun depan ketika Hangzhou menjadi tuan rumah bagi Sukan Asia.

Menerusi teknologi pintar dan infrastruktur dipertingkatkan, lebuh raya super itu sesuai untuk semua jenis iklim, menawarkan maklumat kedudukan tepat dan memudahkan buat kereta pandu sendiri serta situasi ideal bagi mencapai misi sifar kematian.

Lebuh raya itu juga bakal menjadi model contoh bagi pembangunan lebuh raya super seluruh China.

Pihak penguasa juga perlu meningkatkan kawalan keselamatan di lebuh raya tersebut susulan kejadian kecurian yang berlaku di lebuh raya kuasa solar di Jinan selepas lima hari pembukaan.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here