Tunda kereta mangsa banjir Yan secara percuma

1234

Kumpulan trak penunda Kedah, Pulau Pinang dan Perlis turun padang membantu menunda serta menarik 60 kereta penduduk secara percuma di sekitar pekan Yan yang terjejas akibat banjir lumpur, baru-baru ini.

Wakil kumpulan itu, Muhamad Ayman Joshua, 35 berkata, mereka sepakat membantu pemilik kenderaan yang terjejas dalam tragedi kepala air itu secara sukarela tanpa mengenakan bayaran.



“Ada kereta yang terlekat dalam lumpur dan kami membantu untuk menarik keluar sebelum menghantar ke bengkel berhampiran.

“Jika sebelum ini upah biasa untuk menarik kereta di kawasan lumpur, kami kenakan bayaran sekitar RM100 hingga RM150 untuk sebuah kereta bergantung pada keadaan.

“Namun, dalam tempoh dua hari kami penarik kereta dari tiga negeri (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) ini membantu penduduk secara sukarela,” katanya. 

Bagaimanapun katanya, mereka mengenakan bayaran sekiranya pemilik kenderaan meminta menghantar kereta mereka jauh dari daerah Yan, namun bergantung pada kemampuan mereka.

Katanya, jika pemilik kereta itu beri RM20 atau RM30 itu pun sudah memadai. 

“Kalau kenderaan di kawasan kejadian banjir lumpur itu saja ke bengkel berhampiran, kita tak caj apa-apa bayaran tapi kalau jauh sikit, kita ambillah bayaran sikit tapi ikut mereka berapa nak bagi.

“Pada hari pertama kelmarin, kita tarik 20 kereta di kawasan lumpur namun pada hari kedua semalam, kita tarik 40 kereta dari pagi sehingga selesai,” katanya.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here