
Kebanyakan mangsa ragut adalah dalam kalangan wanita. Penjenayah menyasarkan golongan ini kerana barangan berharga selain sasaran mudah.
Baru baru ini seorang pengguna Twitter @ErahSoo berkongsi pengalamannya berdepan detik cemas apabila hampir menjadi mangsa ragut ketika berada di sebuah stesen minyak.
Menerusi perkongsiannya, dia berehat dalam kereta di stesen minyak tersebut selepas mengisi minyak dan pam tayar.
Erah nak share sikit terutamanya untuk perempuan lah. Sila kunci pintu bila masuk kereta, tak kisah lah dekat parking rumah kedai runcit depan rumah ke, KUNCI pintu terus.
Tadi I pergi isi minyak & isi angin tayar seorang. Selalunya ajak kawan tapi ni sebab nak cepat….
— ꫀ (@ErahSoo) August 21, 2021
Tiba-tiba sebuah kereta parkir di depannya dan seorang lelaki keluar lalu cuba membuka pintu bahagian penumpang.
Menyedari pintu kereta berkunci, lelaki tersebut mengetuk tingkap lalu meminta wang RM50 dengan alasan tertinggal dompet di rumah dan berjanji untuk membayar semula menerusi pindahan wang atas talian.
Nasib baik Erah dah terbiasa lepas masuk kereta terus kunci pintu. Lepastu dia cakap "You boleh buka tingkap or keluar sekejap tak? I tak bawa wallet. Can I borrow your cash RM50 like that? I can transfer to you now." Lelaki.
— ꫀ (@ErahSoo) August 21, 2021
Curiga dengan tindakan lelaki itu, Erah memberi alasan tidak memiliki wang tunai dan meminta lelaki tersebut mengalihkan keretanya.
Kemudian lelaki tersebut bergerak untuk mengalihkan kenderaan selepas melihat Erah mahu menekan hon.
Sebab dekat stesen minyak tu semua ada. Shopee, Grab, TNG or dia boleh je minta tolong dekat staff situ takpun dekat another cust (lelaki) dekat kaunter/pam. Kenapa I yg dalam kereta dia minta? Terus I cakap "Sorry I tak ada cash, can you please move your car?"
— ꫀ (@ErahSoo) August 21, 2021
Agar perkara sama tidak berlaku kepada yang lain, Erah menasihati orang ramai terutamanya wanita supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling serta mengambil langkah keselamatan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar