Sekumpulan gadis ini bertindak kurang bijak dan penting diri apabila berhenti di tengah jalan raya kerana ingin merakamkan video tarian TikTok.
Lebih tidak masuk akal mereka turut menerbangkan drone untuk merakamkan aksi tersebut.
Tindakan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas bahkan mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya lain.
@the_claudiaa @iam__kenna @valeriadushku @antonelacinaa @fullmoon_production @kastro.official #fy
Menerusi video yang tular itu menunjukkan gadis terbabit menghentikan Mercedes E-Class Cabrio di tengah jalan raya Teodor Keko, Albania dan menari di depan kenderaan mereka.
Bagaimanapun, hanya kerana ingin popular lima saat akhirnya kejadian yang berlaku pada 22 Ogos itu sampai ke pengetahuan pihak polis.
Menerusi siaran akhbar polis Albania, keempat-empat gadis tersebut melakukan kesalahan jalan raya yang boleh mengundang bahaya dan kesesakan lalu lintas.
Akibatnya, kenderaan tersebut disita sebagai bahan bukti dan pemandu berusia 21 tahun itu didenda lek 50,000 (RM2023). Lebih teruk lagi, dia rupanya tiada lesen memandu.
Justeru itu, pihak berkuasa sedang mengenal pasti dan mendakwa individu bertanggung jawab yang memberi kebenaran memandu kereta kepada warganegara yang tidak memiliki lesen memandu.