Insiden kemalangan mahupun melanggar lampu merah melibatkan penunggang p-hailing (perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan) sering kali dilaporkan di media sosial.
Menurut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), rider p-hailing dikesan kerap melanggar lampu isyarat dan tindakan itu boleh dikenakan hukuman saman sehingga RM300.
Kerja penghantaran makanan ini bukanlah mudah serta berisiko. Ini kerana, mereka perlu menghantar makanan dengan kadar segera dan mengejar masa untuk tiba ke lokasi pelanggan sebelum mengambil pesanan seterusnya.
“Kita mendapat aduan kebanyakannya membabitkan langgar lampu isyarat. Mereka ini mengejar ‘trip’ semasa hantar makanan, jadi langgar lampu merah untuk cepat sampai.
“Aduan lain seperti kesalahan menunggang melawan arus dan aksesori motosikal tidak lengkap misalnya tiada dua cermin sisi motosikal”, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar