Jika kita berasa susah sebenarnya masih ada orang lain lebih sukar hidupnya. Tambahan dalam keadaan pandemik yang melanda hampir dua tahun, ramai yang sukar mencari pekerjaan.
Kisah pak cik ini mungkin sebahagian rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik. Perkongsian pengguna akaun Facebook Geehan’s Nurjehan itu membuatkan kita sedar bantuan bakul makanan hanya dapat membantu jangka pendek bukannya jangka panjang.
Nurjehan memberitahu dia melihat seorang warga emas mengisi minyak motor sebanyak 64 sen (0.31 liter) dan melihat keadaan itu dia meminta suaminya menyapa pak cik tersebut bertanyakan khabar.
Warga emas itu memberitahu selalunya dia hanya mengisi minyak RM1.50 bagi menampung keperluan motosikalnya. Dia menjelaskan sedang mencari pekerjaan dan hanya mampu bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Lebih sayu dia meluahkan perasaan hanya berdoa agar mati. Bagaimanapun hantaran berkenaan sudah dipadam pemilik akaun bagi mengelak fitnah serta syak wasangka.
Menurut Nurjehan dia juga telah membantu pak cik tersebut selain pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menghubungi dirinya bagi mendapatkan maklumat pak cik tersebut.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar