Porsche buka kilang di Malaysia, netizen Indonesia pula yang iri hati

3689

Berita tentang Porsche membuka kilang pemasangan model tempatan (CKD) di Kulim, Kedah mendapat liputan seluruh dunia, termasuklah negara jiran Indonesia kerana itu merupakan kilang pertama dibina di luar Jerman.

Berita tersebut dianggap sebagai satu berita baik bagi warga tempatan, dengan perubahan landskap industri automotif semakin berkembang pesat.



Namun berita gembira bagi industri automotif tempatan itu lain pula jadinya di Indonesia.  Segelintir warga maya negara Garuda itu melontarkan komen kurang senang dan negatif sehingga menjadi pendebatan hebat di laman sosial. 

 

Ada antara mereka menganggap Malaysia ‘ketinggalan zaman’ tatkala Indonesia lebih ke depan yang mana Tesla bercadang membangunkan kilang bateri elektrik di negara mereka untuk kegunaan kenderaan elektrik (EV) atau sistem simpanan tenaga (ESS). 

Tetapi masih ada netizen Indonesia yang berfikiran positif dan mengajak rakyat senegaranya agar mempelajari sesuatu daripada pelaburan jenama kereta mewah Jerman di negara Malaysia.

Bagaimanapun kehadiran Porsche di Malaysia diharapkan akan menarik perhatian pelabur-pelabur lain, khususnya dalam industri kenderaan elektrik. Ia juga bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak tempatan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here