Tular jubah pembonceng tutup habis belakang motor, seram kalau kain berpintal pada tayar

2256

Pembonceng wanita seharusnya memakai pakaian yang sesuai untuk keselamatan. Elakkan menyarung kain labuh kerana keselamatan.

Ini kerana risiko terjadinya kain tersangkut lalu berpintal pada tayar motor adalah tinggi dan boleh menyebabkan kecederaan.

Bagaimanapun satu imej yang tular di Indonesia ini membuatkan anda pelik bahkan seram apabila seorang wanita yang memakai tudung labuh/jubah sehingga hampir menutupi bahagian sisi dan belakang motor.



Imej yang dimuatnaik oleh akaun Instagram @newdramaojol.id menunjukkan wanita tersebut cukup santai tanpa ada kerisauan membiarkan kainnya berjuntaian. 

Selain daripada membahayakan dirinya bahkan turut membahayakan pengguna lain kerana tidak dapat melihat lampu signal belakang tambahan apabila motor tersebut ingin membelok. 

Apalagi ketika motor berhenti dan isyarat lampu brek tidak boleh dilihat. Belum lagi risiko kebarangkalian kain tersangkut pada rim motor sehingga boleh mencederakan diri. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NEWDRAMAOJOL.ID (@newdramaojol.id)

Seharusnya wanita tersebut menarik bahagian belakang tudungnya ke depan ataupun diselitkan di bawah punggung bagi meminimumkan risiko kain tersangkut. Tidak dapat kami bayangkan sekiranya bahagian bawah kain berpintal ke dalam tayar. Seram gais!. 

Melihat hal tersebut, warga mayapun langsung membanjiri ruangan komen pada hantaran berkenaan antaranya:

“Trauma min…pernah ngasih tau malah ibunya nyolot (marah)..bapak yang di depan pun juga…yaudh tak tinggal pergi.”

“Pernah nyoba ngingetin (ingatkan), tapi malah dimarahin.”

“Kadang suka serba salah juga sih, dikasih tau takutnya kita yang kena mental, gak dikasih tau ntar si ibunya yang mental.”

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here