Pemilik dan pengasas syarikat penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes salah seorang individu terkaya walaupun pandemik yang melanda rasanya daripada segi wang saku beliau tidak begitu terkesan.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Tony memuat naik swafoto bersama sebuah Tesla model Y dengan kapsyen, “Independence day. Going green. No more gasoline. Gone electric. Tesla model Y. Love it,” (Hari Merdeka, pilih hijau, tiada lagi petrol, pilih elektrik, Tesla model Y, saya suka).
Namun perkongsian tersebut mengundang sindiran daripada netizen yang beranggapan tindakan itu bukan pada masa dan situasi yang tepat.
Seolah-olah syarikatnya tidak sensitif tentang isu pemulangan wang tiket pelanggan susulan pembatalan penerbangan kerana pandemik.
Pada masa sama, ada yang menyentuh isu pembayaran gaji dan nasib para pekerja AirAsia yang diberhentikan.
Kritikan yang bertalu, Tony mengubah kapsyennya tidak berapa lama kemudian dengan menjelaskan kereta tersebut disewa selama dua minggu.
Harga asas Tesla Model Y sekitar AS55,190 (RM 229,315), dan kebanyakan model Tesla yang dijual di Malaysia diimport dari pengedar rasmi Tesla di Hong Kong.
Bagi Tony Fernandes, mungkin harga sebuah kenderaan eletrik hanyalah satu harga yang kecil bagi beliau namun bagi pelanggan dan staf Air Asia, itu mungkin suatu nilai yang sangat besar bagi mereka.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar