Theophilus Chin kerap menghasilkan lakaran grafik bayangan model-model menarik untuk pasaran tempatan.
Terbaru, Theophilus mendedahkan lakaran bayangan model Proton Satria Theo yang menggunakan namanya sendiri.
View this post on Instagram
Menerusi kapsyen ringkas di laman Instagram, dia menyatakan sebaik melihat model hatchback tiga pintu Lynk & Co 02 sudah terbayangkan model Proton Satria baharu.
Cuma kebimbangan Theophilus Chin adalah peminat Satria akan mengatakan Satria Theo hasil lakarannya kelihatan gemuk dan besar.
Imej render tersebut didatangkan dengan dua pilihan warna hitam dan kuning yang mana profil badan lebar digabungkan dengan lengkung tayar yang lebih menyerlah seperti mana Satria Neo sedia ada.
Kemudian dia memadankan gril depan dengan rekaan Ethereal Bow dan Inifinite Weave untuk mendapatkan ciri khas Proton.
Sementara bahagian belakang mengingatkan kita kepada model Volvo. Rekaan yang ditampilkan memiliki sentuhan eleman kenderaan Eropah yang lebih ringkas.
Bagaimana menurut anda jika Proton mengeluarkan semula Satria Neo dengan rekaan seperti ini.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar