[Video] Terbuang barangan kemas bernilai RM70k, wanita ini terpaksa selongkar lori sampah

1327

Seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya menemui semula barang kemas bernilai RM70,000 selepas dibuang secara tidak sengaja.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook, wanita itu bertemu dengan pekerja pembersihan bagi mencari barangan kemas tersebut. 



Difahamkan, wanita terbabit mahu membuang sampah tetapi secara tidak sengaja memasukkan barang kemas yang disimpan di dalam bekas berwarna hijau.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu menunjukkan pekerja pembersihan membantu wanita itu mencari barangan kemas berkenaan dengan mengeluarkan sampah daripada lori.

Akhirnya wanita berkenaan berjaya menemui semula bekas berwarna hijau yang berisi beberapa utas gelang yang dibungkus dalam beg plastik.

Sementara perakam video menganggarkan harga barang kemas itu sekitar RM70,000. Membaca komen yang ditulis netizen, seorang wanita mendakwa kejadian itu berlaku di Sik, Kedah.

Sebagai tanda terima kasih, wanita itu  bercadang memberi sedikit sagu hati kepada pekerja yang membantunya. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here