Ujian sistem tol tanpa palang bermula awal 2022 di Malaysia

1814
Gambar hiasan

Syarikat pembekal solusi teknologi, Green Packet Bhd (Green Packet) bakal melancarkan sistem tol tanpa palang yang pertama di Malaysia bermula tahun depan.

Projek dengan kerjasama FETC International Co (FETCi) dari Taiwan itu akan dipasang di Lebuhraya Besraya KM5.5 (Arah Utara) untuk pengumpulan data selama tiga bulan bermula awal 2022.

Green Packet akan menyediakan pembiayaan, maklumat tempatan dan kepakaran dalam pembayaran teknologi kewangan.

Data yang dikumpulkan daripada POC semasa tempoh tiga bulan akan dikongsi dengan pihak berkuasa dan pemegang kepentingan dengan sasaran utama untuk membuktikan penggunaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

FETCi merupakan firma pakar dalam sistem tol pengenalan frekuensi radio (RFID) dan aliran bebas yang sudah menjalankan beberapa sistem MLFF di negara Asia lain. Firma itu akan menyediakan peralatan dan kepakaran pelaksanaan MLFF.

Sistem tol tanpa palang itu adalah salah satu pendekatan yang dilihat mampu menambah baik infrastruktur pengangkutan dan pada masa sama membantu aliran trafik berjalan lebih lancar termasuk mengurangkan kesesakan.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here