Usia bukanlah kayu pengukur yang menentukan kejayaan seseorang dalam perniagaan. Buktinya, ramai anak muda berkebolehan menjana pendapatan bulanan mencecah sehingga enam angka.
Salah seorangnya anak muda bernama Arif, 23 yang berkongsi detik manisnya di TikTok yang menghadiahi ibu bapanya sebuah Toyota Vellfire yang berharga sekitar RM299,000.
“Atas restu Allah, syukur dapat tengok parent happy, Alhamdulilah dapat bagi hadiah kereta di awal umur 23 tahun,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
@abam_jerung Atas Restu Allah, Syukur dapat tengok parent happy😭🤲🏻 Alhamdulilah dapat bagi hadiah kereta di awal umur 23 Tahun❤️ #JejuMilk #onlinebusiness
Menerusi video itu dapat dilihat kebahagiaan pada raut wajah orang tuanya setelah menerima MPV mewah berkenaan.
Dia yang minat berniaga sejak zaman sekolah lagi dan masih menuntut di sebuah pusat pengajian di Kelantan sanggup melupakan dahulu kereta idaman Mustang demi mengutamakan ibu bapa.
Walaupun latar belakang keluarga yang senang namun ia bukan tiket untuk berjaya dalam perniagaan, sebaliknya semangat dan kerja keras untuk meraih sesuatu yang lebih besar pasti akan membuahkan hasil lumayan.
Namun, kesenangan itu tidak dicapai dengan mudah apabila mereka sekeluarga pernah berdepan krisis kewangan dan menjadi titik permulaan bagi Arif untuk berjaya sebagai usahawan.
“Dengan perniagaan ini, diharapkan saya boleh bantu lebih ramai orang di luar sana dalam mencari side income” kata Arif.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar