Rider dapat satu bintang rupanya pelanggan mantan kekasih

2162

Perkhidmatan motosikal e-hailing lebih banyak digunakan di Indonesia kerana praktikal, murah dan pantas. 

Setiap rider mengharapkan nilai bintang yang bagus daripada pelanggan kerana reviu mereka mewakili kecekapan perkhidmatan yang ditawarkan.



Tiada siapapun inginkan nilai rating rendah kerana ia akan memberi kesan kepada periuk nasi rider. Namun, lain pula bagi seorang rider Go-Ride di Indonesia ini.

Rating rendah yang diterima bukanlah kerana perkhidmatan yang tidak bagus melainkan nasibnya kurang baik kerana penumpang pada hari itu merupakan mantan pacarnya.

Kisah yang dikongsi di akaun  Facebook Dw Hartanto itu menunjukkan alasan pelanggan memberikan rating rendah kepada rider berkenaan.

Hantaran tersebut memaparkan tangkap layar perbualan Whatsapp dengan profil imej seorang wanita cantik yang meminta maaf kerana memberikan satu bintang. 

We, maaf ya.. Gw kasih bintang 1,” ujar penumpang itu. 

Lalu wanita tersebut memberikan alasan kenapa tegar melakukan sedemikian.

“Terima kasih dulu sudah nge-ghosting..menghilang tanpa kabar,” tulisnya. 

Tidak marah dengan tindakan wanita itu walaupun memberi kesan kepada mata pencariannya, rider tersebut lalu membalas: 

“Maafin gw yg dulu ya.”

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here