Modenas lancar Dominar D400 versi facelift, harga RM13k

1477

Modenas rasmi melancarkan Dominar D400 versi naik taraf ke pasaran tempatan. Harga jualan sport tourer berkenaan adalah RM13,997 (tanpa insurans dan cukai jalan). 

Model 2021 tersebut kini didatangkan dengan suspensi fork terbalik (USD) di bahagian depan menggantikan teleskopik konvensional sebelumnya manakala suspensi belakang menggunakan penyerap hentak tunggal Nitrox. 



Kemudian sistem ekzos pula kini ditawarkan dengan muncung berkembar baharu. Kecekapan membrek diserahkan kepada brek cakera bersaiz 320mm (depan) dan 230mm (belakang) bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Enjin 373cc DOHC dengan teknologi DTS-i penyejukan cecair menghasilkan kuasa 40PS dan tork 35Nm bersama transmisi 6-kelajuan dan padanan Klac Assist & Slipper.  

Tidak ketinggalan jentera berkenaan dilengkapi dengan pad tangki corak karbon baharu bersama logo Dominar pada pelana belakang. 

Dua paparan meter LCD memaparkan pelbagai maklumat motor antaranya indikasi gear, kelajuan, jarak perjalanan, jam, rpm dan penunjuk tahap minyak.

 

Pemilihan lampu depan automatik jenis LED mosaic memberikan pencahayaan lebih jelas pada waktu malam serta membolehkan penunggang dilihat dari jarak sejauh 1.5km. 

Modenas Dominar 400 didatangkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu hijau dan hitam dan akan mula berada di pusat wakil jualan Modenas bermula bulan ini.

GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here