Polis menahan sepasang kekasih warga tempatan dalam serbuan berasingan melalui Op Storm hasil risikan selama sebulan, selepas dipercayai mereka menjual biskut dan kek dicampur ganja melalui Instagram sejak lima bulan lalu.
Kedua dua suspek ditahan dikawasan berasingan pada hari yang sama, antara yang dirampas adalah wang tunai sebanyak RM11,790 dan sebuah kenderaan jenis BMW X3 bernilai RM250,000 dengan nilai keseluruhan rampasan RM491,089.
Dengan memproses sendiri dadah untuk dicampur sebagai bahan mentah kek dan biskut. Kemudian dipasarkan dengan harga RM100 bagi sebalang biskut dan RM50 bagi satu biji kek yang mana pelanggan mereka terdiri daripada kenalan rapat di Instagram.
Dadah jenis kanabis antara yang dirampas bernilai RM229,299 didakwa mampu menampung penggunaan seramai 79,071 orang pengguna dadah.
Siasatan awal mendapati pasangan kekasih tersebut menyewa RM3,000 sebulan di sebuah kediaman sejak lapan bulan lalu dan aktif menjalankan kegiatan tersebut di sekitar Lembah Klang sejak lima bulan lalu.
Hasil serbuan tersebut berjaya merampas 131 balang biskut berasaskan ganja seberat 35.9 kg dan 41 kek berasaskan ganja seberat 4.3 kg. Sebanyak lapan ketulan mampat ganja seberat 7.82 kg, empat periuk berisi cecair ganja seberat 31 kg, dua ketuhar elektrik, serta satu mesin pengadun dan peralatan membuat kek dan biskut turut dirampas.
“Jumlah keseluruhan rampasan adalah 156 balang biskut berasaskan ganja dianggarkan seberat 43.2 kg, 94 biji kek berasaskan ganja (9.6 kg) dan lapan ketulan mampat ganja (9.6 kg) serta 31 kg cecair ganja,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif.
Hasil ujian saringan awal air kencing didapati suspek lelaki positif dadah jenis ganja, manakala teman wanitanya didapati negatif dadah.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar