Aplikasi CaltexGO pembayaran tanpa tunai kini boleh diguna sekitar Lembah Klang

1583

Sebagai sebahagian transformasi ke arah digital baharu, Chevron pemilik jenama Caltex di Malaysia melancarkan aplikasi pembayaran mudah alih, CaltexGO.

CaltexGo membolehkan pengguna membuat pembayaran di stesen minyak Caltex terpilih dengan pantas dan mudah dan boleh dimuat turut menerusi Apple App Store dan Google Play.



Aplikasi ini memberi pengalaman kepada pengguna mengakses hanya dihujung jari ketika di stesen minyak Caltex dan pengguna juga berpeluang menebus mata ganjaran kad BPoints Journey khusus untuk aplikasi ini.

Bagi pengguna kali pertama yang membuat pembelian bahan api minimum RM30, mereka akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM5 yang mana setiap pelanggan hanya dihadkan kepada dua kali pengisian bahan api dalam tempoh sebulan sehingga promosi tamat 31 Disember 2021.

Pengguna dinasihatkan supaya menggunakan peranti pintar setelah enjin kenderaan dimatikan dan berada dalam kenderaan atau ketika berada di dalam kedai serbaneka bagi aspek keselamatan.

Namun penggunaan CaltexGO hanya disasarkan kepada pengguna di Lembah Klang pada peringkat awal, dan akan mempeluaskan penggunaannya ke beberapa bahagian di seluruh negara menjelang separuh pertama tahun 2022.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here