Nissan Motor Company Ltd rasmi memperkenalkan Nissan GT-R T-Spec (2022). Model edisi khas untuk pasaran Jepun itu ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu GT-R Premium Edition T-Spec dan GT-R Track Edition.
Dua varian ini tampil dengan warna eksklusif dan hanya disediakan sebanyak 100 unit serta mula dijual kepada pelanggan terpilih secara undian pada pertengahan bulan depan.
Nissan GT-R Premium Edition T-spec hadir dengan rekaan ruang kabin yang eksklusif, rim aloi ‘Rays’ berwarna gangsa dan sistem suspensi yang menyumbang kepada pengurangan berat badan kereta.
Manakala lebar keempat-empat roda dipertingkatkan bagi menawarkan pengendalian pemanduan yang lebih lancar dan sensitif.
GT-R Track Edition Engineered by Nismo T-spec pula memfokuskan kepada naik taraf prestasi dan kemasan gentian karbon eksklusif pada bumbung dan spoiler but.
Nissan menawarkan dua pilihan warna ikonik iaitu Midnight Purple dan Millenium Jade, yang popular pada generasi GT-R sebelum ini.
Kedua-dua model masih mengekalkan enjin 3.8 liter V6 turbo caj berkembar dan dipadankan dengan transmisi dwi-klac (DCT) 7-kelajuan.
Harga jualan:
- Premium Edition T-spec: Yen 15,904,900 (RM599,716)
- Track Edition Engineered by Nismo T-spec: Yen 17,881,600 (RM674,250)
BACA>> Ingin miliki Nissan GT-R R35? Cikgu ini kongsi perkara anda perlu tahu untuk ‘bela’ Godzilla
BACA>>Ada yang sudi nak merisik Nissan Skyline GT-R R34 ni tak?
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar