Pesawat terbesar mirip ‘punggung terbang’ bakal operasi 2025

1776

Airlander 10 merupakan pesawat udara terpanjang dan terbesar dunia bakal dijadualkan beroperasi pada 2025.

Sejak prototaip Airlander 10 sepanjang 97.5 meter terhempas pada 2017, industri penerbangan tertanya-tanya sama ada pesawat itu akan kembali beroperasi.



Namun, kemas kini terbaharu syarikat pembuatan Hybrid Air Vehicles (HAV) memaklumkan pesawat Zeppelin moden itu sedang bersiap sedia untuk operasi penuh.

Kapal udara mesra alam itu dikatakan dapat mengurangkan pelepasan emisi sehingga 90 peratus berbanding kapal terbang tradisional.

Apa yang menarik adalah bentuk belakang pesawat tersebut yang mendapat julukan The Flying Bum (punggung terbang) kerana bentuknya dikatakan mirip punggung manusia.

HAV menyatakan pesawat itu mampu memuatkan sehingga 100 penumpang yang menggunakan elektrik dan helium untuk bergerak. 

Bahkan ia mampu terbang selama lima hari tanpa henti dan mencapai kelajuan 130kmj berbanding pesawat biasa dengan kelajuan 804kmj. Nampaknya pesawat ini tidak sesuai buat mereka yang mengejar masa.  

Menerusi laman web HAV, mereka kini sedang membangunkan motor elektrik bagi penggunaan hibrid-elektrik bermula 2025. 

“Buat masa ini kesemua enjin Airlander 10 menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ini memberi pilihan kepada pelanggan pesawat sifar emisi menjelang 2030,” jelasnya. 

Pengalaman pelanggan juga ditingkatkan yang mana syarikat mendakwa kabin lebih senyap berbanding kapal terbang biasa. Ini kerana Airlander 10 menggunakan sama ada motor elektrik atau enjin piston yang hampir tidak mengeluarkan bunyi bising. 

“Untuk Airlander, kedudukan mesin jauh dari kabin sehingga bunyi bising tidak masuk ke dalam pesawat.

“Manfaat lain adalah kedua enjin belakang akan dimatikan selama penerbangan, setelah pesawat naik agar mengurangi bunyi bising,” ujarnya.

Penumpang Airliner akan merasai pengalaman seperti berada dalam sebuah restoran terbang dengan tambah baik ruang kaki dan tepi cermin pada harga ekonomi. 

HAV berkata, salah satu perjalanan yang sedang dipertimbangkan adalah antara Liverpool ke Belfast yang jauh lebih pantas berbanding menaiki feri dan tidak begitu ketinggalan berbanding perjalanan menaiki penerbangan biasa.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here