“Saya buat begini sebab ‘style’,” ini jawapan diberikan seorang pemuda selepas disaman atas beberapa kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Pemuda berusia awal 20-an itu disaman atas kesalahan antaranya mengubah suai ekzos dan menggunakan nombor plat ‘fancy’ serta tidak mempunyai brek belakang.
“‘Baru kena saman tiga kali je bang,” katanya apabila disoal pegawai bertugas.
Operasi tersebut memfokuskan kepada pengubahsuaian motosikal dan pemandu mabuk yang mana pihak berkuasa mengeluarkan 243 saman dan menyita tujuh buah motosikal serta dua tangkapan pemandu mabuk.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafly Chek Lah turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang trafik kerana pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.